Dilema Keputihan dikalangan gadis remaja
Keputihan yang
sering dialami gadis remaja merupakan perkara yang biasa berlaku pada usia
muda. Namun,ungkapan biasa itu jika disalah erti akan membawa kesan yang
negatif apabila jangkitan biasa menjadi pemangkin kepada jangkitan yang
luarbiasa pula.Anggapan keputihan adalah sejenis penyakit yang normal dan tidak
memerlukan rawatan khusus untuk menangganinya adalah sesuatu yang tidak
tepat.Apabila remaja mula berfikiran sebegitu dan mula mengambil mudah tentang gejalanya
akan membawa kesan yang berpanjangan sehingga meningkat dewasa dan realitinya
terdapat ramai remaja yang masih bergelut dengan masalah ini walaupun telah
meningkat dewasa dan bakal memasuki alam perkahwinan.Remaja dipohon supaya
mengenali gejala keputihan ini supaya mudah untuk mencari rawatan yang sesuai dari
jangkitan yang dialami daripada membiarkanya tanpa rawatan yang boleh
mengakibatkan komplikasi yang tidak di ingini disebabkan oleh “prolong
infection”.
Apakah itu keputihan?
Di kalangan
pakar perubatan, keputihan dikenali dengan istilah Leucorrhoea atau Fluor Albus.
keputihan sebenarnya adalah cairan yang keluar dari vagina. Dalam bahasa
mudah terdapat dua jenis keputihan iaitu
normal dan abnormal (jangkitan mikroorganisma) dan remaja hanya perlu prihatin
dengan jenis keputihan kedua ini.
Keputihan yang normal
Dalam keadaan
normal, lendiran yang keluar adalah bening, tidak berwarna, tidak berbau dan
tidak gatal. Keputihan normal ini juga boleh dijadikan ukuran paras
kesuburan.Sekiranya lendiran putih bening ini yang beranggaran 20cm,ianya
menandakan waktu yang sangat subur bagi seseorang wanita. Lendiran ini juga
dikenali dengan nama ovulasi.
Keputihan yang abnormal
Merupakan
lendiran yang keluar seperti susu basi, likat
dan liat berwarna kekuningan atau kadang-kadang seperti gumpalan keju yang
boleh menimbulkan rasa gatal. Sekiranya agak parah, cairan ini boleh berwarna
keabuan sehingga kehijauan dan berbau hanyir serta busuk.
Punca keputihan abnormal
Ada beberapa
sebab berlakunya keputihan abnormal.
Antaranya ialah:
1. Ketika terlalu
letih.
2. Berada
dalam situasi yang sangat tertekan.
3. Jangkitan.
Bagaimana Mengenali jenis-jenis
jangkitan
Sekiranya remaja
merasakan telah berlaku keputihan yang abnormal pada diri maka mengenali gejala
dan melakukan rawatan yang sewajarnya supaya penularan dapat dibendung dari
awal lagi.
Mengenali gejala jangkitan Mikroorganisma
:
1. Kulat
Candida atau Monilia
Warna putih
susu, likat, berbau yang agak kuat dan vagina menjadi gatal.
2. Parasit
Trichomonas Vaginalis
Cairan
keputihan akibat parasit kental, berbuih, berwarna kuning atau kehijauan dengan
bau hanyir.
3. Bakteria
Gardnella
Boleh
membuatkan vagina rasa gatal dan sangat terganggu. Warna cairannya adalah
keabuan, berair, berbuih dan berbau hanyir.
4. Virus
Keputihan
akibat infeksi virus juga sering ditimbulkan akibat penyakit kelamin seperti
Condyloma, herpes, HIV / AIDS.
5. Benda
asing
Perkara yang
satu ini sering diabaikan, namun sebenarnya ia sangat penting. Benda-benda yang
tidak sengaja masuk ke dalam vagina seperti rambut ataupun benang dari seluar
dalam.
Beberapa Tips yang boleh diamalkan :
-
Hindari pengunaan sabun,gel dsb dan hanya guna air
suam bersih bagi mencuci bahagian luar faraj
-
Elakkan menyembur dengan air kedalam faraj ianya
boleh menganggu keseimbangan flora bakteria didalam faraj dan boleh menyebabkan
jangkitan
-
Selalu keringkan dahulu faraj sebelum memakai seluar
dalam dan jangan sesekali memakai seluar dalam yang lembab untuk jangka waktu
yang lama
-
Hindari dari memakai bedak dikawasan kemaluan
disebabkan partikel-partikel halus yang mudah terselit dicelah kulit boleh
mengundang bakteria bersarang
-
Pastikan kerap menukar pad sewaktu haid dan elakkan
pengunaan yang terlalu lama
-
Cuba sedaya upaya untuk mengamalkan diet bersumberkan
bakteria baik seperti yogurt,yakult,sayuran hijau,bendi sekurang-kurangnya
sekali seminggu bagi menguatkan pertahanan tubuh dari diserang
mikroorganisma lain.
Akhir sekali
nasihat saya agar para remaja mengambil sikap yang lebih serius terhadap gejala keputihan. Beberapa kajian mendapati keputihan
yang yang dibiarkan terlalu lama walaupun hanya gejala biasa, lama kelamaan berupaya
menyerang selaput dara. Sebahagian besar lendiran keputihan yang mengandungi jangkitan
mikroorganisma telah merosakkan selaput dara sehinggakan apabila berumahtangga
kelak dan sewaktu melakukan hubungan kelamin dimalam pertama berkemungkinan tidak
akan mengeluarkan walaupun sedikit darah.http://klinikkeputihan.blogspot.com/2012/07/dilema-keputihan-dikalangan-remaja.html
No comments:
Post a Comment